UBD sambut Ilal Hijrah dengan Tadabbur Khas Al-Quran





Siaran Akhbar dan Foto: Universiti Brunei Darussalam





 

TUNGKU, Jumaat, 4 Julai. - Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1447 Hijrah, Universiti Brunei Darussalam (UBD) menganjurkan Tadabbur Khas Al-Quran yang diadakan di Masjid Universiti.


Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle, dan juga hadir sama termasuk kakitangan UBD dan para pelajar.


Kemuncak acara itu ialah ceramah khas yang disampaikan oleh Dr. Widad binti Haji Abdul Aziz, bertajuk 'Penerapan Nilai Penghijrahan pada Era AI'.


Dalam ceramah Dr. Widad antara lain menekankan meneroka penghijrahan dalam konteks kemajuan teknologi moden, khususnya peranan Kecerdasan Buatan (AI) dalam membentuk nilai, identiti, dan transformasi.


Acara diteruskan dengan Doa Kesyukuran bersempena kepulangan jemaah haji UBD dengan selamat.


Majlis seumpama ini berfungsi sebagai teladan serta kesyukuran, dan pengajaran daripada penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terutamanya ketika masyarakat mengharungi perubahan pesat dalam era digital.


Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi UBD atau Instagram di @ubdbuzz dan @studentaffairsubd.


Close